Aku ibarat gelas yang masih belum penuh isinya.. baru sahaja di isi air tetapi selalu tumpah...maka aku perlu berterusan menuangnya~Salam Hadrah~

Friday, 23 November 2012

Karya Terbaru Ku


Tuhan berikan kita ujian..
Kerana tuhan tahu kita kuat untuk hadapi cabaran…
Mungkin ingin berikan sedikit rasa penyesalan..
Supaya engkau tidak putus harapan..

Insan dengar rintihan kalbu rasa menyendiri
Selalu ketangisan setiap hari..
Mutiara jernih mengalir menyentuh hati..
Seperti ombak rindu menghempas pantai tanpa henti..

Mungkin mereka merasa tiada takah dalam diriku..
Mungkin mereka tidak tahu sayang aku seperti buluh perindu..
Mungkin mereka tidak tahu cinta aku seperti orang dahulu..
Mungkin mereka tidak tahu rindu aku seperti orang kehilangan ibu..

Tidak ku pandai untuk bermadah…
Tetapi aku hanya diriku yang ibarat sampah...
Merasakan diri di campak , dibuang bersepah..
Seperti anjing yang sedang bertelagah..

Wahai mereka yang membaca
Adakah kamu tahu diriku menderita..
Aku pendamkan sekian lamanya..
Terhimpit rasa akhirnya binasa…

Wahai mereka yang mepunyai hati..
Aku minta sekali untuk menyelami diri ini..
Adakah kamu faham betapa pedih mati..?
Begitu yang aku rasakan seperti di tusuk duri

Wahai mereka yang melihat…
Adakah aku pernah kau ingat..?
Aku tahu sedetik pun kau tidak terfikirkan makrifat..
Ternyata benar aku kini sering merempat..

Wahai insan yang memandang..
Wahai insan yang mendengar..
Aku tahu aku tidak layak merasakan sayang..
Apatah lagi rasa cinta yang segar..

Syurga cinta menjadi idaman ku..
Lagenda budak setan kau berikan kepada ku..
Ombak rindu melanda hati ku..
Adakah kau tahu apakah perasaan itu..?

~Salam Hadrah~

2 comments: